平和 :)
Selamat datang November.
1 November 2012,pada hari ini genaplah minggu ke-8 kelas Komputer dalam Pendidikan.Kerja dan assignment semakin bertambah dan bertambah.Semakin kusut apabila peperiksaan akhir hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi.Tetapi sebagai seorang pelajar saya harus menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna dan berusaha sehingga keakhirnya.Insy'allah :)
Tugasan kami sebelum ini ialah membina soalan dengan menggunakan software surveymonkey dan menyebarkan soalan tersebut kepada orang ramai melalui online.Kemudian kami perlu dapatkan data analisis jawapan soalan kaji selidik saya.Kami juga perlu menyediakan soalan kaji selidik dengan menggunakan hardcopy dan menyebarkan soalan tersebut kepada orang ramai.
Setelah mendapatkan jawapan daripada responden,kami perlu menganalisis jawapan kaji selidik itu dengan menggunakan sistem SPSS (Statistical Package for the Social Sciences).Dengan menggunakan software ini,pengguna dapat menganalisis data dengan mudah tanpa perlu menganalis data dengan menggunakan cara manual.
Cara menggunakan SPSS ini sangat mudah.Langkah untuk membuka software SPSS ialah klik pada start,kemudian klik all program, dan SPSS Inc.Terdapat dua lembaran dalam window ini iaitu data view dan variable view.Variable view membolehkan pengguna memasukkan data untuk dianalisis.Setelah memasukan kesemua data,sistem ini akan menganalisis data tersebut dan software ini membolehkan pengguna memilih untuk dianalisis dengan bar graph,histogram,pie chart dan sebagainya.
Setelah mendapatkan data yang telah dianalisis,kami perlu membuat laporan tentang jawapan yang telah diberikan oleh responden.Kami juga perlu menganalisis dan membuat laporan jawapan yang telah diberikan oleh pelajar dalam ifolio dengan mencari kata kunci jawapan.
Surveymonkey dan SPSS ini sangat bermanfaat jika kita mahir menggunakannya.Jika anda ingin membuat sesuatu kajian selidik saya mencadangkan untuk menggunakan kedua-dua software ini kerana ianya memudahkan kita membina soalan dan menganalisis jawapan responden.Cubalah! :)
No comments:
Post a Comment