Wednesday 7 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-9

Assalamualaikum semua :)

Pada minggu ke-9 iaitu minggu terakhir sebelum cuti mid sem kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif.Pada minggu sebelumnya kami didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan dengan menggunakan kaedah kualitatif.Kualitatif dan kuantitatif merupakan dua kaedah yang berbeza.


Data kuantitatif merupakan data dalam bentuk angka atau peratusan.Data kualitatif pula ialah data yang bukan dalam bentuk angka dan tidak melibatkan ujian statistik atau dalam erti kata lain data kualitatif ini lebih kepada penulisan.Data kualitatif memerlukan proses coding iaitu pengkaji perlu memecahkan dan menggabungkan isi-isi yang kecil yang mempunyai maksud dan makna yang sama ke dalam satu tajuk yang lebih besar.


Proses untuk menganalis data kualitatif :


1) Baca data secara keseluruhan.

2)Masukkan tema/coding ke dalam kotak bersebelahan.

3)Setelah proses open-coding(dihasilkan dengan memilih kata kunci/kod yang menerangkan tentang sesuatu isu dalam data) selesai,kategorikan tema-tema tersebut kepada tema yang lebih besar.

4)Analisis kesemua data untuk memastikan kesemua tema tercatat.

5)Dapatkan tema yang muktamad



Dengan melakukan kesemua proses ini jumlah data yang banyak boleh dikurangkan kepada kod atau tema akhir yang lebih kecil.


Cara untuk mengenal pasti isu/tema/corak dan makna :


1)Isu boleh didapati melaui tema yang diperolehi

2)Corak dan makna boleh ditentukan melalui tema-tema

3)Setiap tema dikategorikan supaya corak dan makna dapat dikenalpasti

4)Data yang telah ditranskripkan,dikategorikan,dikodkan dan disusun dalam grid analisis untuk menentukan isu berasaskan persoalan kajian

Walaupun proses penganalisisan data menggunakan kaedah kualitatif ini agak rumit berbanding menggunakan kaedah kuantitatif,tetapi hasil analisa data kualitatif lebih terperinci.

Sebelum itu,saya ingin berkongsi pengalaman saya pada minggu ini bersama dengan Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin iaitu timbalan Menteri Kesihatan.Saya dan rakan-rakan saya telah ke pejabatnya di Putrajaya bagi membentangkan kertas kerja program ke Sabah pada bulan Januari tahun depan.


                                         

       


Selamat bercuti semua!




1 comment: