Thursday, 22 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-10

Selamat Datang ke Blog Saya...

22 November 2012,hari ini genap minggu ke-10 kelas Komputer dalam Pendidikan.Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami semua bersedia sebelum peperiksaan akhir tiba.Peperiksaan akhir untuk subjek Komputer dalam Pendidikan adalah pada 10 Januari 2013.



Pada minggu ini kami telah didedahkan tentang Multimedia.Apa itu Multimedia?


Multimedia - kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.



Element dalam Multimedia

  • Teks
  • Video
  • Grafik
  • Animasi
  • Audio

Pada minggu ini kami lebih memfokuskan kepada penggunaan grafik.Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan,grafik boleh disimpan dalam fail yang mepunyai pelbagai format dan saiz.


Contoh Format File untuk Grafik

  • BMP (*.BMP)
  • JPEG (*.JPG,*.JPE)
  • PNG (*.PNG)

BMP menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolutionnya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz file besar.JPEG pula kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolutionnya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil.JPEG juga akan menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau gambar menjadi kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file JPEG kepada BMP dan sebagainya.


Proses pembelajaran pada minggu ini lebih kepada praktikal.Kami semua perlu meneroka aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Paint,GIMP, dan Microsoft PowerPoint.Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya.Rugi jika mempunyai peluang untuk meneroka aplikasi-aplikasi tersebut tetapi tidak menerokanya.

    
Microsoft Paint
GIMP
                              


Ini adalah contoh yang menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint.






CYMK

Model warna CMYK digunakan dalam proses percetakan. Untuk lebih mudah difahami, ia adalah yang terbaik untuk dimulakan dengan warna RGB. Model RGB warna (terdiri daripada merah, hijau dan biru) digunakan dalam monitor komputer anda.Walaubagaimanapun, warna-warna ini hanya boleh dilihat dengan cahaya semula jadi, seperti di monitor komputer, dan tidak pada halaman bercetak.Di sinilah CYNK terbentuk.


                                                        CMYK Color


GIMP (THE GNU MANIPULATION PROGRAM)

GIMP (The GNU Image Manipulation) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995 oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis dan diselenggara oleh keseluruhannya sukarelawan di bawah auspices projek GNU. GIMP merupakan Open Source, percuma dan disediakan dengan Lesen Am GNU.

Perisisan GIMP ini lebih ringan jika dibandingkan dengan adobe photoshop yang adobe photoshop yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D.Walaupun GIMP ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki oleh adobe photoshop dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh GIMP.Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama adobe photoshop.


Sekian untuk kali ini.Selamat meneroka aplikasi-aplikasi tersebut :)

No comments:

Post a Comment