Wednesday 10 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KEEMPAT

 Alhamdulillah sudah 4 minggu saya memasuki kelas Komputer dalam Pendidikan dan saya sudah mula faham tentang proses pembelajaran dalam kelas ini.Saya juga sudah mula menyesuaikan diri dan membahagikan masa belajar saya dengan betul.Ketika saya di Matrikulasi proses pembelajran amat berbeza dengan di Universiti.Di Universiti lebih kepada pembelajaran kendiri tetapi proses pembelajaran di Matrikulasi sama seperti di sekolah.


Berbalik kepada subjek Komputer dalam Pendidikan,pada minggu keempat kami telah didedahkan dengan lebih lanjut apa itu Web 2.0.Web 2.0 merupakan perkembangan terkini selepas Web 1.0.Web 2.0 merupakan satu rangkaian sebagai platform untuk perkongsian maklumat, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di internet atau World Wide Web. Content Web 2.0 tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, tetapi pengunjung juga boleh mengendalikan pada content web tersebut.Pengunjung boleh memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi.Web 2.0 merupakan interaksi sosial dan pertukaran data seperti rangkaian sosial Facebook,Flickr,Youtube,blog,wiki dan sebagainya.

Antara ciri-ciri Web 2.0 ialah :  


•Web sebagai platform

Menggunakan web sebagai platform bermaksud aplikasi yang dijalankan terus di atas internet dan bukannya di atas sistem operasi tertentu. Contohnya seperti google yang mana boleh diakses walau dari mana pun tanpa perlu menyimpannya dalam komputer pengguna.

•Data sebagai pengendali utama


•Efek jaringan diciptakan oleh arsitektur partisipasi


•Inovasi dalam perakitan sistem serta situs disusun dengan menyatukan fitur dari pengembang yang terdistribusi dan independen (seperti model pengembangan "open source")


•Model bisnis yang ringan, yang dikembangkan dengan gabungan isi dan layanan


•Akhir dari siklus peluncuran (release cycle) perangkat lunak (perpetual beta [1])


•Mudah untuk digunakan dan diadopsi oleh pengguna.


Antara teknologi yang mendukung Web 2.0 ini ialah :



  1. Memanfaatkan CSS, valid XHTML, dan Microformat
  2. MS ClickOnce
  3. Teknik Rich Application seperti Ajax
  4. Java Web Star
  5. Flex/Lazlo/Flash
  6. XUL
  7. Syndikasi data dengan RSS/Atom
  8. Agregasi dari RSS/Atom
  9. URL yang bersih dan berarti
  10. Mendukung posting ke weblog
  11. Menggunakan API REST (Representational State Transfer) atau XML Web Service
  12. aspek jaringan sosial 

Selain itu,kami juga telah didedahkan dengan lebih lanjut tentang virus computer.Virus komputer merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya.Antara virus komputer yang popular ialah Trojan,Worm,Malware Rootkits dan lain-lain.Virus komputer ini bukan sahaja boleh menghilangkan data dan file dalam komputer kita malah boleh menyebabkan komputer kita rosak dan tidak tahan lama.Oleh itu kita sewajarnya mempunyai sistem 'anti virus' dalam komputer kita.Kaspersky,Avira,Avast adalah antara contoh-contoh anti-virus yang berada di pasaran.Mahupun kita mempunyai anti virus di dalam perisian kita,kita mestilah sentiasa 'update' atau mengemas kini mengikut waktu yang ditetapkan.Kita juga perlu berhati-hati sebelum menjalankan file baru dengan lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didapat dari mendownload di internet atau menyalin dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan  e-mail, berhati-hatilah setiap kali menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspadai file-file yang berekstensi: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. 

Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang virus komputer yang sering memasuki komputer kita.Antaranya :

Spyware - adalah aplikasi yang membocorkan data informasi kebiasaan atau perilaku pengguna dalam menggunakan komputer ke pihak luar tanpa kita sadari. Biasanya digunakan oleh pihak pemasang iklan. Jika kita melihat kejanggalan pada media penyimpanan seperti file bernama aneh yang tidak pernah kita buat atau file bukan jenis aplikasi / application tetapi mengaku sebagai aplikasi maka jangan kita klik, kita buka atau kita jalankan agar virus komputer tersebut tidak menular ke komputer yang kita gunakan.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail. 

                                                

Tajuk terakhir kami pada sesi minggu ke-4 adalah tentang Operating System.Mari kita teroka apa itu operating system.Operating system ataupun OS merupakan sistem pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows,terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu.Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.


                                         


Sekian,Terima Kasih :)



No comments:

Post a Comment