Friday, 19 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-6

Hye Everyone! :)

Seperti semua sedia maklum,pada minggu ini kelas diadakan di PTSL untuk mendengar taklimat berkaitan dengan cara menggunakan perkhidmatan di PTSL untuk mencari sumber seperti buku,jurnal dan artikel.Ini merupakan kali yang kedua saya mendengar taklimat ini dan saya lebih faham tentang cara pengunaannya selepas mendengar taklimat yang kedua.


                                                    


Untuk mencari buku-buku di PTSL,pengguna boleh mencarinya dengan satu laman web iaitu Gemilang.Bagi pengguna yang sudah tahu tajuk buku yang ingin mencari,pengguna boleh mencari dengan menggunakan browse tetapi bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku tersebut boleh mencari buku tersebut dengan keyword.


                                              

Untuk mencari jurnal dan artikel pula,pengguna boleh mencarinya melalui portal e-Journal.Melalui e-Jurnal pengguna boleh mencari jurnal dan artikel dengan menggunakan pelbagai jenis pangkalan data.Bagi fakulti Pendidikan,pangkalan data yang popular ialah jetP, EBSCOHOST , ProQuest dan Taylor and Francis online.Tetapi pengguna masih lagi boleh menggunakan pangkalan data yang lain.Semua jurnal dan artikel dalam pangkalan ini merupakan dalam Bahasa Inggeris.Bagi pengguna yang ingin mencari jurnal dan artikel dalam Bahasa Melayu boleh mencari melalui UKM Institutional Repository dan UKM Journal Artical Repository.Pengguna yang mencari jurnal dan artikel melalui portal-portal tersebut boleh menyimpan dalam laptop atau komputer dengan muat turun bahan tersebut.Ini sangat memudahkan pengguna terutama pelajar kerana pengguna tidak perlu ke PTSL untuk mencari bahan tersebut tetapi perkhidmatan ini hanya hanya terhad untuk pelajar dan staf UKM sahaja.


               


Selepas taklimat ini berakhir,kami perlu mencari sekurang-kurangnya 5 artikel tentang tajuk yang diberikan kepada setiap pasangan dan muat turun ke yahoogroups masing-masing.

Gracias por leer!

No comments:

Post a Comment