Thursday 11 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-5

Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan lebih saya menjadi seorang mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia.Sejak saya di sekolah menengah lagi saya sudah bercita-cita untuk menyambung pelajaran di UKM kerana ibu bapa saya juga merupakan bekas pelajar UKM dan bekas pelajar di Kolej Burhanuddin Helmi :)


            

Baiklah,mari kita teruskan dengan objektif utama pembikinan blog ini.Pada minggu ke-5,saya dan rakan sekelas perlu membentangkan tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.Kami mendapat tahu tentang pembentangan ini sehari sebelumnya kelas Komputer dalam Pendidikan pada minggu ke-5.Alhamdulillah,walaupun agak kelam kabut untuk membuat persiapan perbentangan pada keesokan harinya,saya dan rakan pasangan iaitu Nur Afiqah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi.Antara tajuk perbentangan yang telah dibentangkan ialah :

  • 21st Century Skills
  • Thinking Skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus,Spam,Pishing) and Operating System
  • Original and License Software
  • Open Source Software
  • Web 2.0 in Education
  • E-Learning and Mobile Learning
  • Online Forum
Tajuk tugasan saya bersama pasangan ialah 21st Century Skills.Oleh itu saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang 21st Century Skills.


                                                       

Apa itu 21st Century Skills?
21st Century Skills ataupun juga dikenali sebagai Adab Kemahiran 21 merupakan satu matlamat untuk mengembangkan ilmu teknologi moden kepada tenaga pengajar untuk diterapkan dalam proses pengajaran.

                                                          

Kemahiran 21st Century Skills :
  • Kemahiran komunikasi
  • Kemahiran 3M(membaca,mengira dan menulis)
  • Kemahiran sains dan teknologi
  • Kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Untuk melahirkan generasi yang mempunyai Adab Kemahiran 21,pendidik mesti komited dalam :

  • Menggunakan teknologi terkini
  • Menguasai pelbagai bidang
  • Mengikuti tentang dasar dan isu pendidikan
  • Mahir dalam pedagogi
  • Menerapkan nilai-nilai murni

Ciri-ciri insan murid yang dihasratkan :
  • Berupaya membuat hubung-kait
  • Menyoal
  • Yakin mengambil risiko
  • Tidak berputus asa
  • Berdikari
  • Dahagakan ilmu
  • Kritikal
  • Kreatif
  • Berani mencuba
  • Ingin tahu
  • Menguasai kemahiran literasi
  • Bijak berkomunikasi
  • Menjana idea
  • Fleksibel
  • Mendengar dan membuat refleksi
  • Berintegriti
Berikut merupakan ciri-ciri insan murid atau pelajar yang perlu dimiliki untuk menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang mempunyai Adab Kemahiran 21.Oleh itu,guru dan pelajar itu sendiri perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan hasrat ini.



                                                      


Sekian dari saya untuk minggu ini dan terima kasih kerana sudi membaca :)



No comments:

Post a Comment