Assalamualaikum kawan-kawan :)
Pada minggu ini saya dan pasangan kumpulan saya yang tersayang,iaitu Nur Afiqah Zakariah perlu menyediakan satu slideshow dengan menggunakan Microsoft PowerPoint dan memuatkan minimum empat soalan objektif berdasarkan tajuk 21st Century Skills.
Semasa pembikinan slideshow tersebut kami perlu menerapkan unsur-unsur grafik, video, audio dan menggunakan teknik yang berkesan untuk menjadikan persembahan atau slideshow tersebut menjadi lebih menarik seperti menggunakan teknik CASPER dan juga GUI.
Untuk memudahkan pengguna, kita boleh meletakkan link kepada sesuatu perkataan atau objek dan membolehkan ianya terus ke page yang kita inginkan.Ini sangat memudahkan kerana kita tidak perlu mencari page yang kita inginkan semasa mempersembahkan slideshow kita kepada orang ramai sekali gus dapat menjimatkan masa.
Sebagai contoh, semasa pengguna menjawab soalan yang diberi, pengguna perlu klik pada pilihan jawapan.Jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang tepat, maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan ' TAHNIAH, JAWAPAN ANDA TEPAT' dan jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang salah maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan 'MAAF, SILA CUBA LAGI'.
Langkah untuk meletakkan link
1. Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin link kepada muka surat lain
2. Klik 'insert'
3. Klik 'hyperlink'
4. Klik 'place in this document'
5. Klik pada muka surat yang kita ingin link
6. Klik 'ok'
Sekian sahaja untuk kali,jumpa lagi pada mingu hadapan.
Terima Kasih ^.^
No comments:
Post a Comment