Sunday, 23 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU 14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca :)


Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi subjek GE1125 Komputer Dalam Pendidikan untuk semester yang pertama dan mungkin ini merupakan entry terakhir saya.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Fariza binti Khalid kerana sudi membantu, mengajar, mendidik dan mencurahkan segala ilmu tanpa penat jemu kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada penyelaras subjek GE1125 iaitu Dr. Siti Fatimah di atas segala tunjuk ajar yang diberikan.Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sudi memberikan tunjuk ajar dan tidak lupa juga kepada pasangan kumpulan saya iaitu Nur Afiqah binti Zakariah.Sekali lagi, terima kasih atas segalanya dan semoga ilmu yang saya dapat sepanjang proses pembelajaran di kelas ini dapat diaplikasikan pada suatu hari nanti :)

Pada minggu terakhir ini Pn Fariza tidak dapat menghadirkan diri ke kelas atas sebab masalah kesihatan.Namun kelas ini tetap diteruskan dan digantikan oleh Cik Mazalah.Pada minggu ini kami telah belajar cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat pada Microsoft Excel dan kami perlu menyediakan data Markah Murid dan Penyata Akaun Kewangan Diri dengan menggunakan OpenOffice Spreadsheet Excel.

Markah Murid

Antara data-data yang perlu kami kira menggunakan formula di Microsoft Excel ialah :

  • Jumlah - sum
  • Markah tertinggi - max
  • Markah terendah - min
  • Markah purata - average
  • Sisihan piawai - STDEV
  • Titik tengah - median
  • Mod - mode
  • Countif - tentukan pelajar ikut gred (tinggi ke rendah atau sebaliknya)
  • Vlookup - tentukan gres

Contoh markah peperiksaan yanng disediakan oleh saya



Contoh graf analisa markah peperiksaan yang disediakan oleh saya





Penyata Akaun Kewanagan Diri


Selain itu, kami juga perlu menyediakan penyata akaun kewangan diri selama satu minggu.Kami perlu menyatakan satu penyata berkaitan dengan jumlah pengeluaran dan kemasukan wang saya selama seminggu dengan menggunakan aplikasi yang telah diajar oleh Cik Mazalah semasa menyediakan Markah Murid.

Ini merupakan contoh Penyata Akaun Kewangan Diri yang disediakan oleh saya





 Sekian sahaja dari saya untuk entry ini.Diharapkan segala ilmu yang telah saya pelajari dalam subjek ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment