Thursday, 6 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-12

ASSALAMUALAIKUM :)

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada minggu ini.Walaupun kelas pada minggu ini dibatalkan, kami tetap dibekalkan dengan tugasan oleh Pn Fariza.Entry saya pada minggu ini adalah tentang bagaimana untuk menghasilkan bahan paparan atau persembahan dengan berkesan.Contoh teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan persembahan elektronik powerpoint yang baik dan menarik adalah CASPER dan GUI.

Mari kita teroka dengan lebih mendalam tentang CASPER dan juga GUI.

CASPER

CASPER - Satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks,grafik, animasi dan video.Dengan menggunakan teknik ini,sesuatu persembahan itu akan menjadi lebih menarik,berkesan dan juga mampu untuk menarik perhatian audience.





C- Contrast
A- Alignment
S- Simplicity
P- Proximity
E- Emphasis                                  
R- Repitition


PRINCIPLE OF LAYOUT CASPER


  • Contrast (Perbezaan yang ketara)
  • Alignment (Susunan yang lurus)
  • Simplicity (Mudah)
  • Proximity (Berhampiran)
  • Emphasis (Penekanan)
  • Repetition (Pengulangan)

Contrast

Kontra digunakan untuk membezakan unsur dengan latar belakang paparan dan membezakan dua item yang berlainan.Selain itu, kontra juga boleh menarik perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.

Kontra boleh dibuat dengan pelbagai cara.Antaranya ialah :

  1. Font besar dan font kecil
  2. Font berlainan muka taip
  3. Garis halus dan garis kasar
  4. Warna sejuk dan warna hangat
  5. Tekstur licin dan tekstur kasar
  6. Unsur mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  8. Grafik kecik dan grafik besar

Alignment
Dalam prinsip ini, setiap item yang hendak diletak perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.Item perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.


Simplicity
Grafik dan animasi perlu ringkas dan pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.Contoh, sekeping gambar yang ringkas lebih mudah difahami dan bermakna dari teks yang panjang lebar.


Proximity
Item yang digunakan perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesimbungan yang wujud antara item.


Emphasis
Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang penting.Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna kerana ia boleh menyebabkan pengguna lebih memberi tumpuan kepada elemen sampingan.


Repetition
Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna.Antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna dan penonton adalah dengan :

  1. Saiz teks dan objek
  2. Bentuk teks dan objek
  3. Susun atur teks dan objek
  4. Warna teks, warna objek dan warna latar
  5. Grafik dan animasi


GUI (GRAPHICAL USER INTERFACE)

GUI merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat,arahan-arahan, fail-fail dan juga program tertentu.Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks (Command Line Interface - CLI).Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasan dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin.Contoh sistem operasi GUI ialah Microsoft Windows.


                

Kelebihan GUI


  • Menarik Minat Pengguna.
Dengan menggunakan ikon grafik yang berbagai-bagai dapat mengurangkan kebosanan pengguna semasa menggunakan perisian. Pengguna boleh menyesuaikan dengan keperluan dan aras kemahiran mereka. Malah pengguna boleh mengubah warna, fungsi, struktur dan bentuk paparan yang mereka pilih sendiri.


  • Memudahkan Pengguna
Pengguna lebih mudah memahami apa yang dipaparkan tanpa perlu banyak membaca (jika tiada grafik). Perisian grafik lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan teks. Ini sudah tentu akan meningkatkan produktiviti seseorang pengguna.

  • Memahirkan Penguna Dengan Cepat

Cara memanipulasi objek pada skrin adalah sama dalam setiap aplikasi yang berlainan. Ini memudahkan pengguna mahir dalam pelbagai aplikasi dalam masa yang singkat. Berbeza dengan Command Line Interface (CLI), GUIs membolehkan pengguna bukan teknikal mahir menggunakan aplikasi komputer dengan cepat.

  • Masa Latihan Penggunaan Yang Singkat

Oleh kerana penggunaan GUI telah memudahkan penggunaan aplikasi maka ianya telah mengurangkan masa latihan yang diperlukan untuk melatih seorang pengguna menggunakan sesuatu aplikasi yang baru.

  • Resolusi Gambar Yang Tinggi

Ia membolehkan lokasi dot pada skrin dengan tepat untuk menghasilkan paparan gambar atau aksara sehingga 256 warna sekaligus.

  • Mempelbagaikan Cara Untuk Membolehkan Pengguna Menggunakan Aplikasi

Kemudahan antaramuka yang mudah ini membolehkan pengguna membuat capaian kepada fungsi aplikasi dengan pelbagai cara. Ini meningkatkan lagi kawalan dari pengguna tersebut mengikut pilihannya tanpa batasan.

Terima Kasih kerana membaca :)

No comments:

Post a Comment