Thursday 29 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-11

Assalamulaikum :)

Pada minggu ke-11 ini kelas bermula agak lambat kerana Pn Fariza terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan.Jadi kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu brochure berkaitan dengan tajuk yang telah dibahagikan kepada setiap kumpulan dengan menggunakan Microsoft Publisher.

Pada kebiasaannya brochure ini digunakan oleh syarikat produk dan servis untuk mempromosikan sesuatu dan menyebarkan maklumat.Dengan menggunakan Microsoft Publisher ini,kita boleh memilih design dan bentuk yang kita inginkan dan cara penyediaannya sangat mudah.

Ini adalah contoh brochure yang disediakan oleh saya :)




                                               

Antara design yang boleh dipilih







                                

Selain menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan brosur,dengan menggunakan Microsoft Word juga boleh menghasilkan brosur tetapi bagi pandangan saya menggunakan Microsoft Publisher lebih mudah berbanding dengan  menggunakan Microsoft word.

Sekian untuk minggu ni,jumpa lagi minggu depan :D
                              

Thursday 22 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-10

Selamat Datang ke Blog Saya...

22 November 2012,hari ini genap minggu ke-10 kelas Komputer dalam Pendidikan.Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami semua bersedia sebelum peperiksaan akhir tiba.Peperiksaan akhir untuk subjek Komputer dalam Pendidikan adalah pada 10 Januari 2013.



Pada minggu ini kami telah didedahkan tentang Multimedia.Apa itu Multimedia?


Multimedia - kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.



Element dalam Multimedia

  • Teks
  • Video
  • Grafik
  • Animasi
  • Audio

Pada minggu ini kami lebih memfokuskan kepada penggunaan grafik.Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan,grafik boleh disimpan dalam fail yang mepunyai pelbagai format dan saiz.


Contoh Format File untuk Grafik

  • BMP (*.BMP)
  • JPEG (*.JPG,*.JPE)
  • PNG (*.PNG)

BMP menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolutionnya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz file besar.JPEG pula kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolutionnya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil.JPEG juga akan menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau gambar menjadi kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file JPEG kepada BMP dan sebagainya.


Proses pembelajaran pada minggu ini lebih kepada praktikal.Kami semua perlu meneroka aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Paint,GIMP, dan Microsoft PowerPoint.Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya.Rugi jika mempunyai peluang untuk meneroka aplikasi-aplikasi tersebut tetapi tidak menerokanya.

    
Microsoft Paint
GIMP
                              


Ini adalah contoh yang menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint.






CYMK

Model warna CMYK digunakan dalam proses percetakan. Untuk lebih mudah difahami, ia adalah yang terbaik untuk dimulakan dengan warna RGB. Model RGB warna (terdiri daripada merah, hijau dan biru) digunakan dalam monitor komputer anda.Walaubagaimanapun, warna-warna ini hanya boleh dilihat dengan cahaya semula jadi, seperti di monitor komputer, dan tidak pada halaman bercetak.Di sinilah CYNK terbentuk.


                                                        CMYK Color


GIMP (THE GNU MANIPULATION PROGRAM)

GIMP (The GNU Image Manipulation) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995 oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis dan diselenggara oleh keseluruhannya sukarelawan di bawah auspices projek GNU. GIMP merupakan Open Source, percuma dan disediakan dengan Lesen Am GNU.

Perisisan GIMP ini lebih ringan jika dibandingkan dengan adobe photoshop yang adobe photoshop yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D.Walaupun GIMP ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki oleh adobe photoshop dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh GIMP.Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama adobe photoshop.


Sekian untuk kali ini.Selamat meneroka aplikasi-aplikasi tersebut :)

Wednesday 7 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-9

Assalamualaikum semua :)

Pada minggu ke-9 iaitu minggu terakhir sebelum cuti mid sem kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif.Pada minggu sebelumnya kami didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan dengan menggunakan kaedah kualitatif.Kualitatif dan kuantitatif merupakan dua kaedah yang berbeza.


Data kuantitatif merupakan data dalam bentuk angka atau peratusan.Data kualitatif pula ialah data yang bukan dalam bentuk angka dan tidak melibatkan ujian statistik atau dalam erti kata lain data kualitatif ini lebih kepada penulisan.Data kualitatif memerlukan proses coding iaitu pengkaji perlu memecahkan dan menggabungkan isi-isi yang kecil yang mempunyai maksud dan makna yang sama ke dalam satu tajuk yang lebih besar.


Proses untuk menganalis data kualitatif :


1) Baca data secara keseluruhan.

2)Masukkan tema/coding ke dalam kotak bersebelahan.

3)Setelah proses open-coding(dihasilkan dengan memilih kata kunci/kod yang menerangkan tentang sesuatu isu dalam data) selesai,kategorikan tema-tema tersebut kepada tema yang lebih besar.

4)Analisis kesemua data untuk memastikan kesemua tema tercatat.

5)Dapatkan tema yang muktamad



Dengan melakukan kesemua proses ini jumlah data yang banyak boleh dikurangkan kepada kod atau tema akhir yang lebih kecil.


Cara untuk mengenal pasti isu/tema/corak dan makna :


1)Isu boleh didapati melaui tema yang diperolehi

2)Corak dan makna boleh ditentukan melalui tema-tema

3)Setiap tema dikategorikan supaya corak dan makna dapat dikenalpasti

4)Data yang telah ditranskripkan,dikategorikan,dikodkan dan disusun dalam grid analisis untuk menentukan isu berasaskan persoalan kajian

Walaupun proses penganalisisan data menggunakan kaedah kualitatif ini agak rumit berbanding menggunakan kaedah kuantitatif,tetapi hasil analisa data kualitatif lebih terperinci.

Sebelum itu,saya ingin berkongsi pengalaman saya pada minggu ini bersama dengan Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin iaitu timbalan Menteri Kesihatan.Saya dan rakan-rakan saya telah ke pejabatnya di Putrajaya bagi membentangkan kertas kerja program ke Sabah pada bulan Januari tahun depan.


                                         

       


Selamat bercuti semua!