Thursday 20 September 2012

Refleksi pembelajaran minggu 1 dan 2

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog saya.Ini merupakan kali pertama saya mempunyai blog.Entry pertama saya ini saya ingin menulis tentang refleksi pembelajaran saya di kelas Komputer dalam Pendidikan (GE1125) pada minggu 1 dan 2 :)

Saya merupakan pelajar dari kumpulan S1K5 yang dibimbing oleh Pn Fariza binti Khalid.Kelas saya pada hari Khamis,pukul 11 pagi sehingga 2 petang di Makmal Komputer 3,fakulti Pendidikan.Pada minggu pertama,13 September 2012,pada saya telah diajar membuat emel,yahoogroups,dan membuka akaun facebook.Pada pendapat saya,menggunakan emel lebih banyak kelebihan daripada mengunakan group post.Dengan menggunakan emel kita boleh memilih kepada siapa yang kita ingin hantar tetapi jika menggunakan group post kita tidak boleh memilih kepada siapa yang kita ingin hantar kerana semua orang dalam group tersebut boleh membacanya.

                                         

Pada minggu kedua,20 September 2012,saya telah diajar untuk membuat blog,facebook group dan mengisi database. Untuk membuat blog,digalakkan menggunakan gmail kerana lebih mudah berbanding menggunakan ymail.Untuk membuat blog,kita boleh menggunakan blogger ataupun wordpress.Saya juga telah diajar untuk membina facebook group sendiri.Sebelum ini saya hanya menyertai facebook group rakan-rakan saya yang lain dan kadang-kadang saya tidak menghiraukan aktivti dalam group tersebut tetapi setelah saya mempunyai facebook group sendiri ianya mengajar saya untuk menyampaikan mesej maklumat dan kepada orang lain.

         


Pada minggu pertama dan kedua agak memeningkan saya tetapi dengan mempelajari membuat yahoogroups dan sebagainya akan memudahkan urusan saya nanti :)

No comments:

Post a Comment